Kerajaan Australia pada Jumaat mengumumkan jumlah kemasukan imigresen tetap ke negara itu meningkat sebanyak 35,000 kepada 195,000 pada tahun kewangan ini.<br /><br />Menteri Dalam Negeri Clare O'neil mengumumkan kenaikan itu untuk tahun kewangan berakhir 30 Jun 2023, dalam usaha untuk menangani isu kekurangan pekerja.
